NORIS WANG ENTERPRISE merupakan sebuah syarikat milik bumiputera yang diuruskan sepenuhnya oleh Puan Siti Nor dan Encik Mohd Ishak. NORIS WANG ENTERPRISE beroperasi di Lot 4204-A, Padang Tembak, 32200 Lumut, Perak Darul Ridzuan. NORIS WANG ENTERPRISE mula beroperasi pada November 1990.

Di awal penubuhan, NORIS WANG ENTERPRISE hanya beroperasi sebagai sebuah syarikat yang mengeluar dan mengedar Alat Bantuan Mengajar (ABM), membekalkan bahan projek pelajar bagi subjek Kemahiran Hidup serta bahan-bahan yang diperlukan untuk kegunaan pembelajaran di sekolah-sekolah.

Kini, kami mengorak langkah untuk terus maju ke hadapan dengan membuka sebuah pusat penginapan yang berkonsepkan gaya kampung diberi nama NORIS WANG HOMESTAY. Kami juga menerima tempahan jamuan makan tengahari, jamuan BBQ dan hi-tea pada kadar harga yang berpatutan.