Sesuai dengan lokasinya yang berada di dalam kawasan kampung, Noris Wang Homestay menawarkan penginapan ala kampung dengan menyediakan bilik-bilik yang didekorasi mengikut gaya dan suasana kampung. Buat masa sekarang, Noris Wang Homestay menawarkan 8 buah bilik termasuk sebuah dewan yang boleh digunakan untuk tujuan seminar dan sebagainya.

 

 

 

 

 

 

 

 

NORIS WANG HOMESTAY menawarkan bilik yang selesa sesuai dengan citarasa pelanggan yang gemarkan suasana kampung.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pelanggan yang gemarkan privasi boleh memilih untuk menginap di bilik yang mempunyai kemudahan lengkap meliputi bilik air, televisyen dan peti ais di bilik 5/6

 

selain bersantai di dalam bilik, pelanggan juga berpeluang berehat di ruang rehat yang disediakan sambil menonton televisyen bersama pelanggan yang menginap di bilik lain

pelanggan juga boleh bersantai di ruang atas homestay sambil menikmati suasana kampung

 

 

 

 

 

 

 

 

kemudahan yang terdapat di bilik A1… ianya sesuai digunakan sebagai tempat seminar, bilik mesyuarat atau majlis-majlis rasmi…

selain sesuai untuk digunakan untuk tujuan rasmi, ianya juga boleh digunakan sebagai bilik penginapan bagi anda yang datang dalam kumpulan yang ramai…

 

 

 

 

 

 

 

katil dan tilam tambahan

 

 

kemudahan tambahan

 

MENARIK DI NORIS WANG HOMESTAY, LUMUT

Kedudukan homestay ini amat kondusif dengan pencinta alam semula jadi berdasarkan lokasinya seolah-olah berada di tengah-tengah kawasan pelancongan terkenal seperti Pulau Pangkor, Pantai Teluk Batik, Pekan Lumut, dan Kem Tentera Laut Di Raja Malaysia.

Selain itu, yang menarik lagi tentang homestay ini ialah pada setiap hari Jumaat, berdepan dengan homestay terdapat sebuah pasar malam yang dibuka dari jam 5 petang hingga 9 mlm. Di sini pengunjung akan disajikan dengan aneka jenis makanan seperti buah-buahan segar, sayur-sayuran, makanan ringan dan makanan siap masak yang lain.

Pada hari lain, pengunjung tidak perlu risau tentang santapan anda kerana di sini turut terdapat banyak kedai-kedai makan pada siang dan malamnya. Surau, dewan, dan pejabat penghulu juga begitu berdekatan dengan homestay ini.

Kedudukannya yang turut dikelilingi bukit amat mendinginkan suasana percutiaan anda yang mahukan percutian seperti di kampung halaman.